SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta. Diharapkan juga blog ini akan mampu menjadi medan atau perantara kepada bekas-bekas pelajar berhubung agar menyinarkan semula ukhwah yang sudah lama tidak terjalin. Akhirnya, dengan doa dan kekuasaan Maha Kuasa Tuhan Pengatur Perjalanan Alam, ALUMNI SMKASAS akan dapat menaungi semua INSAN KAMIL YANG PERNAH DILAHIRKAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN INI

Jumaat, 1 Jun 2012

KEPUTUSAN PPT KELAS 3K 2012



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN  2012 TINGKATAN 3K KERTAS 1     KERTAS 2  



Bil Nama TOV GRED GRED K1 A1 A2 B C D K1 +K2 % GRED
1 AIN ZULAIKHA BT. DZULKIFLI 84 A A 32 20 10 19 36 10 127 91 A
2 AISYAH HANANI BT. KAMALUDIN 76 B B 27 20 8 18 34 10 117 84 A
3 ATQAH BT. RAHMAT 81 A C 22 20 8 18 34 10 112 80 A
4 FARAH NUR IZZATI BT. AHMAD SHAIRAZI 86 A B 29 20 10 19 34 10 122 87 A
5 FATIN NURHAFIZAH BT. MAHPOD 88 A A 32 20 10 19 35 10 126 90 A
6 IFFA HANAN BT. MUHAMAD NAJIB 90 A B 28 16 10 18 36 10 118 84 A
7 INTAN FARHANA BT. AZIZAN 92 A B 28 20 10 19 37 10 124 89 A
8 MELATI SYAHIRA BT. ASMAWI 91 A A 37 20 10 16 35 10 128 91 A
9 MUHAMAD NAZMI B. YUSRI 90 A B 29 19 10 18 32 10 118 84 A
10 MUHAMMAD AKID FIKRI B. AZHAR 85 A B 31 20 10 18 35 10 124 89 A
11 MUHAMMAD FAIZ ASYRAF B. AHMAD JALALUDIN 91 A B 30 20 10 17 35 10 122 87 A
12 MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. NORZAIDI 84 A B 29 20 10 15 30 9 113 81 A
13 MUHAMMAD MUAZ B. YAZIB 84 A B 28 20 10 16 32 10 116 83 A
14 MUHD. SYAZWAN B. MUHAMMAD 92 A B 31 19 10 15 33 10 118 84 A
15 MURSYIDUL AMIN B. NORAZMAN 81 A B 27 16 10 19 33 9 114 81 A
16 NADIAH WAFAA BT. AMINUDIN 83 A B 26 20 9 18 32 10 115 82 A
17 NAJWA UMAIRA BT. TARMIZI 94 A B 29 20 10 19 35 2 115 82 A
18 NATASHA ALIYA BT. SAHRIL AFANDI 88 A B 28 19 10 18 36 10 121 86 A
19 NUR FILZAH HAYANI BT.  MILATU SAMSI 91 A B 31 19 10 19 35 10 124 89 A
20 NUR FITRI AWADAH BT. MOHD. FIZAL 75 B C 20 19 10 18 32 10 109 78 B
21 NUR HAKIMAH ADIBAH BT. IDRUS 81 A B 27 11 10 19 35 5 107 76 B
22 NUR HUSNA BT. ROSLI 85 A B 29 19 8 19 35 10 120 86 A
23 NUR HUSNINA BT. KAMARULZAMAN 86 A A 32 20 10 18 34 10 124 89 A
24 NUR JAMILAH BT. MOHD FADZIL 89 A C 21 20 8 18 35 10 112 80 A
25 NUR JANNATUL AKMA BT. HARIS 80 A B 29 20 10 17 34 5 115 82 A
26 NUR SAFIARAH BT. ABD. SHARIF 81 A B 26 20 10 19 34 10 119 85 A
27 NUR SYAMIRA BT. AHMAD JAMIQQUDIN 86 A B 30 19 8 19 34 10 120 86 A
28 NURAINA RASYIQAH BT. MOHAMMAD NAZRI 86 A B 31 16 9 19 36 5 116 83 A
29 NURUL FAZLIYANA BT. ABDUL RAHIM 90 A B 30 16 10 16 35 10 117 84 A
30 SHARIFAH NUR ALIAH BT. SYED AZELAN 81 A B 28 20 10 19 32 8 117 84 A
31 SITI SARAH BT. MOHAMAD SAPAHI 92 A B 30 20 10 20 36 10 126 90 A
32 UMAR HAKIM B. NAJIB HAFIDZ 81 A B 28 20 8 16 34 10 116 83 A
33 YUSOF HAFIFI B. MUHAIRI 87 A B 27 19 10 15 32 10 113 81 A

GRED A
28






0
28

GRED B
2






0
2

GRED C










0

GRED D










0













0

Selasa, 29 Mei 2012

KEPUTUSAN BM PPT 2012

PELAJAR TING. 3S BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN PPT 2012 DI LAMAN WEB TING 3. UNTUK MEMBUKA LAMAN BERKENAAN ANDA BOLEH MENCARI DI BAHAGIAN BAWAH LAMAN WEB INI IAITU PADA NAMA MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN. KLIK PADA NAMA BERKENAAN DAN ANDA AKAN MELIHAT ADA LAMAN WEB CIKGU MOHDRAMSUL. KLIK LAMAN WEB BERKENAAN. SELAIN ITU, ANDA AKAN BERJUMPA LAMAN WEB BAHASA MELAYU SPM. SELAMAT MENCUBA DAN MENDAPAT INFO MENGENAI PPT 2012.
UNTUK KELAS 3K, KEPUTUSAN PPT 2012 AKAN DIMASUKKAN SEBERAPA SEGERA.

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN GURU DAN TERIMA KASIH  KEPADA PELAJAR DAN BEKAS-BEKAS PELAJAR  SMKASAS YANG SUDI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU 2012. SEPERTI BIASA SAMBUTAN HARI GURU SMKASAS DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASIN DI  DATARAN KEJAT DAN SETERUSNYA DIIKUTI DENGAN ACARA SUKAN ANTARA GURU DAN MURID JUGA UNTUK GURU. SEMUA AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU DIANJURKAN OLEH PELAJAR SMKASAS. KIRA-KIRA PUKUL 9.30 SEMUA GURU DAN PELAJAR KE DEWAN BESAR AS SHAFIE UNTUK ACARA RASMI SAMBUTAN HARI GURU SERTA MENDENGAR AMANAT MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SECARA "ONLINE". PADA PUKUL 1.00 PETANG, SEMUA GURU BERADA DI TG CORNER SERI ISKANDAR UNTUK JAMUAN MAKAN SEMPENA HARI GURU ANJURAN KELAB 3K.  SELAMAT HARI GURU.

Isnin, 14 Mei 2012

MODUL CUTI TERANCANG UNTUK PELAJAR SEPANJANG CUTI SEMESTER PERTAMA

Guru mata pelajaran untuk setiap tingkatan ditugaskan menyediakan modul latihan untuk diselesaikan oleh pelajar sepanjang cuti semester ini. Justeru, pada cuti semester ini tidak ada sebarang kem cuti terancang sebagai mana dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Oleh sebab itu pelajar dibekalkan bahan kerja untuk diselesaikan oleh mereka pada sepanjang cuti kali ini. Diharapkan pelajar akan menyelesaikan kerja yang ditugaskan dengan bertanggungjawab dan menghasilkan jawapan dengan sebaik-baiknya. Cuti persekolahan untuk semester pertama akan bermula pada 26/5/2012 hingga 10/6/2012.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 BERMULA

       Pelajar Ting. 4 dan 5 SMKASAS sudah mula menghadapi  Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 10/5/2012. Sementera pelajar Menengah Rendah akan menghadapi kertas pertama pada 17/5/2012. Saya mendoakan pelajar SMKASAS akan menghadapi  PPT 2012 dengan semangat kental dan menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. Pada 14/5/2012 saya mulai ditugaskan  mengajar mata pelajaran bahasa Melayu untuk Ting. 3K, 3S, 4K dan 5S , setelah tiga minggu mengajar kelas Ting. 3S dan 4K berdasarkan jadual sementara.
          Agak sukar juga mengajar kelas berkenaan kerana saya agak sukar untuk menentukan rentak mengajar kerana dalam masa yang sama PPT 2012 sudah bermula. Justeru, saya cuba membantu pelajar menghadapi PPT 2012 terutama  membantu pelajar untuk menguasai format kertas peperiksaan. Memang, saya dalam usaha mencari rentak untuk memastikan pelajar mampu menjawab PPT 2012 dengan baik. Namun, selepas peperiksaan nanti barulah saya akan mengajar lebih berfokus dan akan membantu pelajar PMR dan SPM menghadapi peperiksaan awam 2012. Memang saya sudah menjangkakan masalah ini berlaku sebelum memulakan tugas sebagai guru semula setelah lama bercuti. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar berkenaan mendapat didikan yang sewajarnya.
          

Rabu, 25 April 2012

CUTI BERGANTI KERANA PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

Pada 26,27 dan 28 April 2012 pelajar dan guru bercuti kerana asrama dan Dewan Besar As Shafie digunakan sebagai tempat pertandingan catur peringkat negeri Perak 2012. Justeru, pelajar diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan. Pelajar ting. 4K, anda boleh membuka blog saya untuk pelajar SPM dan Ting. 4 kerana di situ saya telah memasukkan contoh bagaimana untuk menulis rumusan dan cara menjawab soalan pemahaman teks. InsyaAllah saya akan membantu anda menghasilkan karangan berpandu yang ditugaskan semasa cuti bertajuk Cara-cara berjimat cermat secepat yang mungkin.
        Sementara pelajar tingkatan 3, saya harap anda boleh merujuk blog Cikgu MohdRamsul kerana di situ anda boleh melihat modul bahasa Melayu PMR yang memaparkan pelbagai nota tatabahasa dan karangan. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk memasukkan lebih banyak info berkaitan dan jika ada masa anda mencuba menjawab latihan bahasa terutama soalan berkaitan dengan formula tatabahasa dan jika anda tidak faham cuba bertanya kepada saya semasa sekolah dibuka nanti.
           Selamat bercuti dan menjalankan tanggungawab anda sebagai seorang pelajar.

Jumaat, 20 April 2012

HARI PERTAMA BERADA DI SEKOLAH SELEPAS KEMALANGAN

         Setelah bercuti panjang, hari ini merupakan hari pertama saya mula bertugas dan guru-guru dan pelajar sibuk mengadaka latihan untuk Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah yang akan diadakan esok. Justeru, banyak pelajar dan guru bertumpu ke Dewan Besar As Shafie. Apabila saya berada di kelas 3 Al-Khaldun, cuma tujuh orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas.
         Sesampai di sekolah seawal pukul 7.13 pagi saya  terus mendaftar kehadiran dan kemudian berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapat taklimat ringkas mengenai tugasan dan mendapatkan jadual harian. Namun, saya dimaklumkan jadual yang ada merupakan jadual sementara dan jadual baru akan dikeluarkan pada 7/5/2012 apabila pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar diri di sekolah pada hari tersebut. Saya juga berbual dengan rakan guru yang telah lama tidak berjumpa setelah hampir 4 bulan bercuti.
           Sesungguhnya saya berasa seronok kerana dapat bertugas semula walaupun suasana hari pertama bertugas agak mencuakkan kerana saya seperti guru baru mula mengajar. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan kerana latihan Sambutan Hari Anugerah Akademik melibatkan banyak pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 iatu melibatkan pelajar ting 1, 2, dan 4 2011. Turut hadir esok ialah pelajar cemerlang PMR, dan SPM 2011.Pelajar-pelajar yang berjaya, tahniah diucapkan dan pelajar yang tidak berjaya naik ke pentas untuk menerima anugerah esok perlu meningkatkan keupayaan dan kesungguhan diri agar berjaya seperti pelajar cemerlang berkenaan.
          Esok juga diadakan Program Akur Janji  ibu bapa dan pelajar dihadapan guru kelas masing-masing. Semoga, program akur janji esok akan menjadi pemangkin kejayaan dan kecemerlangan pelajar 2012, sama ada dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan peringkat sekolah.
  

Sabtu, 24 Mac 2012

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2012

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS kerana berjaya mengungguli Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Perak Tengah 2012 yang diadakan di  SMK Layang-Layang pada hari ini. Berita kemenangan berkenaan saya terima daripada salah seorang pembahas iaitu saudari Shafiqah Musa pada pukul 10.15 malam dan kemenangan mereka amat mengembirakan saya, warga sekolah dan guru pembimbing mereka. Sesungguhnya, kejayaan mereka adalah atas usaha mereka dan bantuan guru-guru pembimbing tanpa kehadiran saya. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang membantu pasukan bahasa ini dan juga kesungguhan setiap ahli pasukan untuk mencari bahan dan hajat dan cita-cita mereka untuk berjaya di peringkat daerah dan seterusnya negeri memang saya doakan.
      Saya dimaklumkan peringkat negeri akan diadakan di Kuala Kangsar pada hari Jumaat ini dan sekali saya mendoakan kejayaan pasukan bahas ini. Pastikan anda terus berusaha untuk memantapkan bahan dan cara penyampaian bahasa kerana di peringkat negeri anda akan berjumpa pasukan bahas yang lebih mencabar. Namun, saya pencaya  "Anda Boleh Melakukannya " dan selamat berjaya.